<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d26028389\x26blogName\x3dHidup+Bersama+Islam\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://hidup-islam.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dar_EG\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://hidup-islam.blogspot.com/\x26vt\x3d-6968971124024717839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

flickr

الأحد، أبريل ١٥، ٢٠٠٧


Ikhwan Muslimin bertanding Majlis Syura

15 April 2007 ,Ikhwanul Muslimin (IM) menyatakan hasratnya melalui Naib 1 Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Muhammad Habib akan bertanding sebanyak 20 kerusi daripada 88 kerusi yang dipertandingkan dalam Majlis Syura ( Dewan Negara ) pada Jun ini.

Walaupun terdapat halangan dari Pihak Keselamatan, tangkapan, ugutan dan penipuan, IM tetapkan memperjuangkan suara rakyat dan hak-hak demokrasi. Pagi tadi tangkapan terhadap anggota IM masih berterusan. Seramai 20 mahasisiwa dan 3 kepimpinan ditahan dengan alasan mempamirkan aksi penganas, sedangakan apa yang difahamkan adalah sekadar aksi riadah mempertahankan diri.

Buat masa ini, IM telah menguasai 20 peratus kerusi Majlis Sa'abi (Dewan Rakyat) iaitu 88 kerusi daripada 454 kerusi. Bilangan kerusi bagi Majlis Syura,ialah 264 kerusi. Sebanyak 1/3 iaitu 88 kerusi daripadanya ditentukan oleh Presidan Muhammad Husni Mubarak. Baki 176 kerusi akan dipertandingkan dengan setiap daerah diwakili 2 orang.

IM sedia maklum bahawa sebelum pemilihan Majlis Syura, Majlis Sa'ab terlebih dahulu akan membincangkan beberapa perkara yang penting seperti kesalahan menggunakan segala yang berkaitan dengan agama dalam pilihanraya sebagaimana yang dikehendaki semasa Pindaan Pelembagaan baru-baru ini. Ia akan mematikan setiap parti yang mengunakan dasar agama sebagai rujukan dan slogan.

"Islam Itu Penyelesaian" "الإسلام هو الحل" Slogan IM yang semakin diterima oleh masyarakat, Pasti menjadi mangsa dalam perbincangan sebelum merehatkan Majlis Sa'ab untuk laluan pilihanraya Majlis Syura.

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl
Blog Flux Directory