<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d26028389\x26blogName\x3dHidup+Bersama+Islam\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://hidup-islam.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dar_EG\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://hidup-islam.blogspot.com/\x26vt\x3d-5081197694920722901', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

flickr

الأوقاف المصرية ترفض كليبات المساجد

الأحد، مايو 06، 2007

صبحي مجاهد

القاهرة - استنكرت وزارة الأوقاف المصرية بشدة موافقة هيئة الآثار على تصوير المطربة المصرية أنغام فيديو كليب في مسجد السلحدار الأثري بالقاهرة، مؤكدة أن ما حدث هو انتهاك لحرمة المساجد بما لها من قدسية في الإسلام.

وأكدت الوزارة رفضها لاستخدام المسجد في أي شكل من أشكال الأعمال الفنية من غناء وأفلام وغير ذلك، وفق بيان أصدرته السبت.

وقالت الأوقاف: إنها لم تصرح لأي جهة مطلقا بانتهاك حرمة المساجد في تصوير كليبات، كما حدث في مسجد السلحدار، مشيرة إلى أن التصريح خرج من هيئة الآثار استنادا لكون المسجد أثريا، وتم التصوير بالفعل على الرغم من رفض إمام المسجد.

وناشدت الوزارة هيئة الآثار الحفاظ على حرمة المساجد الأثرية، ومنع استخدامها مستقبلا لتصوير أي أعمال فنية.

من الكبائر

الشيخ شوقي عبد اللطيف -وكيل وزارة الأوقاف- اعتبر في تصريح لـ"إسلام أون لاين.نت" أن "ما حدث انتهاك لحرمة المسجد".

وتابع موضحا: "إن المساجد لها قدسيتها، ولم تشرع إلا للعبادة والذكر، ولا بد على كل مسلم أن يتعامل معها على أنها بيوت الله بنص الآية: (فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ* رِجَالٌ...)".

وشدد على الحاجة إلى تذكير الناس "بقدسية المسجد، وتعريفهم كيف كان يتم التعامل معه في عصر الرسول والصحابة، فقد كان بيت العبادة، وبمثابة المدرسة والجامعة التي يفد إليها الجميع لتلقي العلم، والتفقه في الدين".

وأكد الشيخ عبد اللطيف أن انتهاك حرمة المسجد يعد كبيرة من الكبائر، ولذلك كان الرسول صلى الله عليه وسلم يعلم أصحابه كيف يحترمونه، فكان لا يسمح لأي من الصحابة بالتحدث داخله فيما يتعلق بأمور الدنيا، وحين تحدث أناس فيه بأمور الدنيا قال لهم صلى الله عليه وسلم: "إن المساجد إنما جعلت للذكر والعبادة"، كما قال: "إذا سمعتم الرجل ينشد الضالة في المسجد فقولوا: لا ردها الله عليك".

Author: Hj. Mohd Noor Bin Hj. Mohd Shahar » Comments:

Al-Fatihah Untuk Ayahanda

السبت، أبريل 28، 2007

Pemergian Yang Abadi, Semoga DiTempatkan Dengan Para Suhada', Aulia Dan Solihin.
Khamis 1.45 Petang
19 Rabiul Awal 1426 A.H.
28 April 2005 M
الفاتحة
ِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1 ) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2 ) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 3 ) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 ) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ( 6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (7
Syair Ciptaan Ayahanda Yang Banyak Memberi Keinsafan
Syair Kesedaran

Wahai Pemuda Serta Pemudi
Harapan Bangsa Tiang Negeri
Jangan leka Berhias Diri
Amal Ibadat Segera Dicari

Kepada Allah Jangan Berhenti
Menjunjung Tetah Berbuat Bakti
Dosa Maksiat Jangan Kita Cari
Terbakar Kulit Dijilat Api

Ingat Kita Kepada Tuhan
Jangan Leka Minum Dan Makan
Amal Ibadat Kumpul-kumpulkan
Dosa Maksiat Jauh-jauhkan

Bila Tiba Insafnya Diri
Kain Putih Pembalut Badan
Tinggal Semua yang kita Cintai
Berbakti Hidup Sepanjang Zaman

Tua Muda Miskin Dan Kaya
Habis Sudah Meninggak Dunia
Didalam Kubur Tempatnya Dia
Sakit Dan Senang Kembali Amalnya

Bila Tiba Ajalnya Mati
Tinggal Anak Saudara dan Saudari
Air Mata Mengalir Dipipi
Tidak Boleh Minta Kembali

Bila Tiba Keliang Lahad
Baru Nak Ingat Buat Ibadat
Sedekah Puasa Sembahyang dan Zakat
Tapi Semuanya Sudah Terlambat

Author: Hj. Mohd Noor Bin Hj. Mohd Shahar » Comments:

الأحد، أبريل 22، 2007



KEBANGKITAN RAKYAT...
Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang hadir ke Pelancaran Lautan Biru disambut dengan beribu deretan bendera bermula dari Rhu Renggeh ke Kelulut. Seluruh pemuda dan penyokong PAS dengan semangat juang yang tinggi terpaksa berjaga malam menjaga bendera dari dibuang oleh pihak PBT atas arahan UMNO. Selain PBT, FRU juga dikerah dan beberapa penyokong PAS termasuk dua orang kanak-kanak terkena pancutan water cannon. Semasa solat Jumaat mereka terpaksa meninggalkan bendera mereka dan yang menariknya... muslimat pula yang mengambil alih tugas tersebut. Walaupun beberapa bendera cuba dibuang mereka memasang semula bendera tersebut. Itulah gambaran kebangkitan rakyat negeri Terengganu yang semakin meluat dengan kepimpinan BN yang ada.

Persoalan : Suatu yang menkagumkan. Adakah ditempat-tempat lain pun berlaku seperti ini?

Author: Hj. Mohd Noor Bin Hj. Mohd Shahar » Comments:

Malaysia,Amarika jadi ikutan buruk

الأربعاء، أبريل 18، 2007


Akhbar al-Wafd 17 April 2007,Kaherah:
Ahmad Ezz Ketua Biro Perancangan dan Belanjawan Majlis Sa'ab telah mengajar kebinet mengenai pekara ekonomi. Beliau menjelaskan agar mereka yang mengkritik kerajaan dengan belanjawan yang lemah dan hutang, jangan menghentam dan berdogeng ini kerana Negara besar duniapun mempunyai hutang dalam keadaan belanjawan yang lemah.
Ahmah berkata"ان أمريكا تقترض وماليزيا تقترض والدنيا كلها تقترض "yang bermaksud sesungguhnya Amerika berhutang, Malaysia berhutang dan dunia semuanya berhutang"

Persoalan: Tapi kenapa kerajaan Kelantan tak berhutang malah membayar hutang lagi? Inilah kerajaan yang kaya akhlak.

Author: Hj. Mohd Noor Bin Hj. Mohd Shahar » Comments:

Mesir Juga Menpunyai Logi Nuklear

الثلاثاء، أبريل 17، 2007


اكتشاف شبكة تجسس على المفاعلات النووية المصرية
Tajuk besar dalam Web Ikwanul Muslimin. "Tersingkap jaringan pengintip di loji nuklear Mesir" mengikut berita yang disiarkan 17 April 2007.Meraka ialah Muhammad Sayed Sober Mekanik Mesir, Brian Peter Mekanik Ireland, Sheru Ezo Mekanik Jepun. Mereka telah meletakkan suatu alat intipan dalam tempat pengendalian nuklear untuk kegunaan Israel.
Muhammad Seber adalah lepasan BA,Universiti Iskandariah dan MA,Univesiti Qaherah 1999. Beliau disyaki memberikan kerjasama kepada 2 lagi pengintip yang berjaya lolos. Mereka mempunyai telepon bimbit yang boleh menenbusi sistem elektrik dan janakuasa Mesir. Ganjaran yang diberikan oleh Israel ialah USD16ribu
Muhammad Saber sebenarnya telah beberapa kali berulang-alik ke Tel Aviv, untuk menyambung biayasiswa dan pengajiannya yang tamat pada 2007 di Universiti Tel Aviv. Setelah menamatkan pengajiannya, beliau sentiasa di intip oleh pihak keselamatan Mesir yang akhirnya membawa kepada tangkapan ini.

Author: Hj. Mohd Noor Bin Hj. Mohd Shahar » Comments:

الأحد، أبريل 15، 2007


Ikhwan Muslimin bertanding Majlis Syura

15 April 2007 ,Ikhwanul Muslimin (IM) menyatakan hasratnya melalui Naib 1 Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Muhammad Habib akan bertanding sebanyak 20 kerusi daripada 88 kerusi yang dipertandingkan dalam Majlis Syura ( Dewan Negara ) pada Jun ini.

Walaupun terdapat halangan dari Pihak Keselamatan, tangkapan, ugutan dan penipuan, IM tetapkan memperjuangkan suara rakyat dan hak-hak demokrasi. Pagi tadi tangkapan terhadap anggota IM masih berterusan. Seramai 20 mahasisiwa dan 3 kepimpinan ditahan dengan alasan mempamirkan aksi penganas, sedangakan apa yang difahamkan adalah sekadar aksi riadah mempertahankan diri.

Buat masa ini, IM telah menguasai 20 peratus kerusi Majlis Sa'abi (Dewan Rakyat) iaitu 88 kerusi daripada 454 kerusi. Bilangan kerusi bagi Majlis Syura,ialah 264 kerusi. Sebanyak 1/3 iaitu 88 kerusi daripadanya ditentukan oleh Presidan Muhammad Husni Mubarak. Baki 176 kerusi akan dipertandingkan dengan setiap daerah diwakili 2 orang.

IM sedia maklum bahawa sebelum pemilihan Majlis Syura, Majlis Sa'ab terlebih dahulu akan membincangkan beberapa perkara yang penting seperti kesalahan menggunakan segala yang berkaitan dengan agama dalam pilihanraya sebagaimana yang dikehendaki semasa Pindaan Pelembagaan baru-baru ini. Ia akan mematikan setiap parti yang mengunakan dasar agama sebagai rujukan dan slogan.

"Islam Itu Penyelesaian" "الإسلام هو الحل" Slogan IM yang semakin diterima oleh masyarakat, Pasti menjadi mangsa dalam perbincangan sebelum merehatkan Majlis Sa'ab untuk laluan pilihanraya Majlis Syura.

Author: Hj. Mohd Noor Bin Hj. Mohd Shahar » Comments:

Teruskan Perjuangan

الخميس، أبريل 12، 2007


Memperbetulkan masyarakat memerlukan suatu perencanaan yang baik dan bijak. Namun perancangan itu tidak semestinya diterima oleh masyarakat dengan hati yang terbuka kerana disana terdapat idea yang jahat dan litasan dari hasutan syaitan.
Jangan sampai kita befikir bahawa perjuangan mengislah ini sentiasa dibentang dengan permaidani merah. Kejahatan dan kebaikan sentiasa bergolak. Ada masa yang kebenaran itu diuji dengan ketewasan dan ada masanya kebenaran itu juga diuji dengan kemenangan. Jelas ia hanya menguji sejauh mana ketakwaannya kepada Khaliq Yang Maha Esa...
Teruskan Perjuangan Sahabatku...
JAIS dakwa dua ustaz kerana sampaikan kuliah - Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 12 April (Hrkh)Setelah terbabit dalam beberapa insiden yang memalukan Islam dan umatnya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meneruskan rekod dan imej buruknya dengan bertindak mendakwa guru-guru agama di sekitar Selangor yang menyampaikan kuliah tanpa tauliah walaupun mereka mempunyai kelulusan dari universiti dan pusat pengajian yang diiktiraf.
Terbaru dua guru agama Azrulkhakim Suradi dan Abd Rasid Abd Ghani masing-masing berusia 31 tahun telah ditahan oleh penguatkuasa Jais sewaktu mengadakan kuliah pengajian dan akan dihadapkan ke mahkamah syariah bagi beberapa pertuduhan yang disenaraikan oleh Jais.
"Saya ditahan pada 3 April lalu oleh Jais ketika mengajar pengajian tahfiz al-Quran kepada pelajar saya berusia 13 hingga 19 tahun," kata Abd Rasid ketika datang ke pejabat Harakah baru-baru ini.
Pertuduhan tersebut katanya bahawa madrasah atau tempat beliau mengajar tersebut tiada tauliah daripada Jais sedangkan sekolah itu didaftar di bawah Persatuan Institut Tahfiz Selangor malah baru-baru ini madrasah tersebut mengalami kebakaran dan sewajarnya Jais membantu musibah yang menimpa namun yang terjadi adalah sebaliknya.
Selain itu, antara pertuduhan lain ialah beliau mengarahkan pelajar-pelajarnya mengutip derma bagi tujuan pembangunan sekolah dan dituduh kerana tiada tauliah untuk mengajar.
Beliau yang berkelulusan Diploma dalam bidang Tahfiz dariapada Mahad Tahfiz Wal Qiraat, Johor Bharu mempersoalkan tindakan Jais itu, memandangkan hampir lima tahun mengajar, tidak pernah kejadian sebegini, sambil beliau menujukkan salinan bon jaminan yang memerintahkan beliau ke mahkamah syariah pada 26 April depan.
Jika sabit kesalahan pertuduhan tersebut, kedua-dua mereka akan dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda sejumlah RM3,000.00.
Manakala Azrul yang sedang dalam percutian dari pelajaran syariah di Universiti Al-Azhar turut ditahan pada 9 April lalu oleh lima anggota Jais sewaktu sedang memberi kuliah kepada kaum muslimat di Surau Hamdani, Bukit Kapar Klang dan mendakwa enakmen yang digunakan menahan beliau lazimnya digunakan untuk menangkap pihak yang mengajar ajaran sesat.
"Saya telah mengajar lama pada tahun 1996 sehingga 2004 sehingga saya dipanggil oleh Jais sebagai penceramah kepada individu yang terlibat dengan jenayah syariah seperti berkhalwat," kata beliau yang juga merupakan bekas pembantu Imam di Masjid Negeri Shah Alam.
Malah ketika ditangkap saya sedang memberi ceramah tentang Maulidur Rasul," katanya yang kecewa dengan sikap Jais itu. Kedua-duanya mendakwa bahawa tujuan penangkapan tersebut dibuat kerana mereka beberapa kali telah memberi ceramah dan kuliah di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu kuat parti politik pembangkang.

Oleh yang demikian kata mereka dengan menggunakan Jais, kerajaan cuba memastikan supaya tiada kegiatan agama dan menakutkan seolah-olah sebagai ugutan supaya penceramah dan ustaz-ustaz tidak lagi memberi kuliah di kawasan pembangkang dan menakutkan para jemaah untuk hadir ke majlis-majlis agama seumpama itu, bagi membendung pengaruh pembangkang semakin melebar.
Bahagian penguatkuasa JAIS sejak beberapa tahun kebelakangan ini terbabit dalam insiden-insiden memalukan umat Islam.
Antaranya aduan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa seorang pegawai penguatkuasa jabatan itu memaksa beliau melakukan seks oral setelah mangsa ditahan atas tuduhan khalwat.
JAIS juga menimbulkan kontroversi umum apabila menarik balik perintah agar mayat seorang mualaf dikebumikan mengikut syarak ketika proses mahkamah sedang berjalan. Jabatan itu juga menghadapi saman daripada beberapa kariah masjid dan surau di Selangor kerana bertindak memecat AJK surau dan masjid yang sedia ada dan menggantikannya dengan penyokong-penyokong Umno.
JAIS kini diketuai oleh seorang Pengarah bukan berkelulusan pengajian Islam dan tidak mempunyai tauliah mengajar.

Author: Hj. Mohd Noor Bin Hj. Mohd Shahar » Comments:

Blog Flux Directory