الأحد، أبريل ٠٨، ٢٠٠٧
30 mac tu aku dah mula sakit dah, bila hernia yg aku tanggung 6-7 tahun ni menyerang paling dasyat pada jumaat tu sebaba aku dukung kedua-dua anakku berjalan. Bila chek Doc kata hari ahad 1April kita bedah. Hari sabtu aku relax dan tolong memasak pada pagi, dan pada waktu petang pula ambik natijah chek darah. Aku try nak mintak bantuan pada lajnah zakat misjid tersebut. Mereka suruh mintak kekedutaan kamu lah.. faham sendiri lah.. . Pagi Ahad aku bagitau isteri aku yang aku nak bedah jam 12 tgh, dia tak caya. lantak lah. aku pergi berlenggang jer . Bawak kain pelekat sehelai dengan 2 orang kawan aku - Akmal dan Ibnu Sina sampai hospital aku di chek sepatutnya sebelum dibedah. Lepas solat zohor dengan baju bedah aku melanggkah Ke bilik bedah -.jam 12.10Aku diinjet di tulang belakang, habis separuh badan kebawah kebas. Mula mereka bedah dan lapah jam 12.30 dalam keadaan aku sedar. Aku dapat resakan perut di tarik-tarik di cubit cubit .. bergegar gegar katil aku tu .. entah apa yang mereka buat .. yang aku tahu mereka nak baiki lubang hernia tu kasi tutup . kasi usus aku tak masuk dan tersumbat dalam lubang jahanam tu. cuma tengah bedah tu aku sesak nafas.... hampir pensan, Doc yg jaga bahagian penafasan aku entah kemana tah, minun shai/teh kot. aku perasan doc yang bedah tu keluar kejap dalam aku sesak sesak tu cari org jaga penafasan tu " samih samih ya samih" datang lah si samih tu memberikan aku corong penafasan.. sambil mengucap aku bernafas pelan-pelan dalam keadaaan mamai. Si Samih menampar nampar dan berborak dengan aku supaya aku tak pensan. Aku tanya Si Samih bila dah lega bernafas sambil sambil Dr Abdul Hamid merobek robek perut aku . "kenapa aku boleh sesak nafas" " kau punya tindakbalas dengan ubat terlalu kuat" kata samih yang aku paham mungkin ubat bius tulang belakang tu naik ke atas sampai susah aku nak bernafas. Jam 1.30 tgh siap semuanya sementara botol gelukos masuk dalam badan aku melalui tangan, aku di tolok ke wad rehat. Perasaan aku mula tenang sambil ,elawat beberapa pembantu yang mengusya' aku untuk dapatkan tips. Sambil rehat-rehat ade lah kawan kawan melawat
Lepas asar aku tidur yang tidak lena disamping aku terngiang ngiang lagi nafas aku tersekat macam nak nazak dalam bilik bedah tadi dan ditambah lagi arab yang datang dengan keluarga mereka melawat 2 pesakit lain di sebelah katil aku. hingar bingar gak mereka berborak , 15 orang aku rasa ade dalam bilik ni... . dan lepas magrib Dr Abdul Hamid datang chek dia kata 2 jam lagi boleh balik. Lepas solat isyak aku stanby nak balik, walaupun kepala kau berpusing pusing pasal tak makam lagi.. dan muntah sikit sikit. sakit jugak bila perut aku tertarik dan tersentak sentak nak muntah ni.
Sekarang aku dah kat umah. dah boleh menaip dah. saja nak cerita pengalam. sambil menunggu luka ini sembuh.. Ucap Shukur KeHadrat Ilahi yang masih memberikan nikmat kesihatan kepada ku.. Ya Allah Kurniakan Kesihatan Ini Untuk Aku Mencari Keredhoamu...aminnnn
Leave your response