JPJ, Imam Tarawikh dan Siswa Merompak
الثلاثاء، أكتوبر ٠٣، ٢٠٠٦
"Pegawai wanita uji pemandu perempuan" Kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Emran Kadir.66 orang tengah dalam kursus dan 80 orang calon tahun hadapan. Baguslah idea ni, sebenarnya yang dah lapuk. Lama dan orang tegur kena asing orang perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki selagi mana dilihat baik.Teringat satu kajian yang membincang pelajar lelaki lebih berdaya saing dan bijak bila berada didalam kelas yang semuanya sama jentina, tapi mereka akan malas dan lemah bila berada didalam kelas yang bercampur. Apahal pun jangan lah Ikhtilat sangat dan sederhana sahaja. Mana yang boleh asng kita asingkan. Rasulallah SAW pun suruh asing tempat tidur dikalangan anak-anak ini kan pula yang tak kenal. Tok Guru Nik Aziz pun ada buat peraturan
di kelantan 'sesiapa kontrektor nak buat rumah kena siapkan 3 bilik' . Waallahu A'lam
AS batal visa imam
Ini satu lagi kerja jijik USA ni...
"KAHERAH: Tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat menahan dan menghantar pulang imam jemputan untuk mengetuai solat Tarawih di negara itu, menjejaskan rancangan banyak pusat Islam untuk menghidupkan bulan Ramadan.Ekoran tindakan itu, ada masjid di Amerika terpaksa menggunakan budak 13 tahun yang hafaz al-Quran untuk mengimamkan solat Tarawih dan memberikan tazkirah meskipun sudah mengeluarkan belanja beribu-ribu dolar untuk membawa imam jemputan dari luar negara.
Aku nampak sekatan ini, dilihat lebih kepada halangan kepada masyarakat barat untuk mengetahui Islam dengan lebih dekat. Sekian lama mereka mendapat fakta yang di selewengkan oleh 'orang besar' mereka (cth pope: Islam berkambang dengan pedang)
Aku harap blog aku boleh menghubungkan masyarakat barat dengan Islam .... takbir ..
Siswa IPTA merompak: Metro Kenapa pulak ni? Siswa merompak! Sepatutnya seorang mahasiswa sibuk dengan perkuliahanya, Hari ni mereka sibuk merompak pula. Undang-undang banyak dah dikeluarkan (cth : Auku) Tapi masih lagi terdapat Kes Mungkar yang
melibatkan mahasiswa ini. Adakah mereka mencari wang untuk menampung pembelajaran akibat pemotongan biayasiswa (Pembelajaran yang merosot, kalau di Mesir yang cemerlang pun dipotong 'politik') Kalau macam itu, carilah dari sumber yang halal baru lah berkat pembelajarannya.
Leave your response