<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d26028389\x26blogName\x3dHidup+Bersama+Islam\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://hidup-islam.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dar_EG\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://hidup-islam.blogspot.com/\x26vt\x3d-6968971124024717839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

flickr

Teruskan Perjuangan

الخميس، أبريل ١٢، ٢٠٠٧


Memperbetulkan masyarakat memerlukan suatu perencanaan yang baik dan bijak. Namun perancangan itu tidak semestinya diterima oleh masyarakat dengan hati yang terbuka kerana disana terdapat idea yang jahat dan litasan dari hasutan syaitan.
Jangan sampai kita befikir bahawa perjuangan mengislah ini sentiasa dibentang dengan permaidani merah. Kejahatan dan kebaikan sentiasa bergolak. Ada masa yang kebenaran itu diuji dengan ketewasan dan ada masanya kebenaran itu juga diuji dengan kemenangan. Jelas ia hanya menguji sejauh mana ketakwaannya kepada Khaliq Yang Maha Esa...
Teruskan Perjuangan Sahabatku...
JAIS dakwa dua ustaz kerana sampaikan kuliah - Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 12 April (Hrkh)Setelah terbabit dalam beberapa insiden yang memalukan Islam dan umatnya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meneruskan rekod dan imej buruknya dengan bertindak mendakwa guru-guru agama di sekitar Selangor yang menyampaikan kuliah tanpa tauliah walaupun mereka mempunyai kelulusan dari universiti dan pusat pengajian yang diiktiraf.
Terbaru dua guru agama Azrulkhakim Suradi dan Abd Rasid Abd Ghani masing-masing berusia 31 tahun telah ditahan oleh penguatkuasa Jais sewaktu mengadakan kuliah pengajian dan akan dihadapkan ke mahkamah syariah bagi beberapa pertuduhan yang disenaraikan oleh Jais.
"Saya ditahan pada 3 April lalu oleh Jais ketika mengajar pengajian tahfiz al-Quran kepada pelajar saya berusia 13 hingga 19 tahun," kata Abd Rasid ketika datang ke pejabat Harakah baru-baru ini.
Pertuduhan tersebut katanya bahawa madrasah atau tempat beliau mengajar tersebut tiada tauliah daripada Jais sedangkan sekolah itu didaftar di bawah Persatuan Institut Tahfiz Selangor malah baru-baru ini madrasah tersebut mengalami kebakaran dan sewajarnya Jais membantu musibah yang menimpa namun yang terjadi adalah sebaliknya.
Selain itu, antara pertuduhan lain ialah beliau mengarahkan pelajar-pelajarnya mengutip derma bagi tujuan pembangunan sekolah dan dituduh kerana tiada tauliah untuk mengajar.
Beliau yang berkelulusan Diploma dalam bidang Tahfiz dariapada Mahad Tahfiz Wal Qiraat, Johor Bharu mempersoalkan tindakan Jais itu, memandangkan hampir lima tahun mengajar, tidak pernah kejadian sebegini, sambil beliau menujukkan salinan bon jaminan yang memerintahkan beliau ke mahkamah syariah pada 26 April depan.
Jika sabit kesalahan pertuduhan tersebut, kedua-dua mereka akan dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda sejumlah RM3,000.00.
Manakala Azrul yang sedang dalam percutian dari pelajaran syariah di Universiti Al-Azhar turut ditahan pada 9 April lalu oleh lima anggota Jais sewaktu sedang memberi kuliah kepada kaum muslimat di Surau Hamdani, Bukit Kapar Klang dan mendakwa enakmen yang digunakan menahan beliau lazimnya digunakan untuk menangkap pihak yang mengajar ajaran sesat.
"Saya telah mengajar lama pada tahun 1996 sehingga 2004 sehingga saya dipanggil oleh Jais sebagai penceramah kepada individu yang terlibat dengan jenayah syariah seperti berkhalwat," kata beliau yang juga merupakan bekas pembantu Imam di Masjid Negeri Shah Alam.
Malah ketika ditangkap saya sedang memberi ceramah tentang Maulidur Rasul," katanya yang kecewa dengan sikap Jais itu. Kedua-duanya mendakwa bahawa tujuan penangkapan tersebut dibuat kerana mereka beberapa kali telah memberi ceramah dan kuliah di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu kuat parti politik pembangkang.

Oleh yang demikian kata mereka dengan menggunakan Jais, kerajaan cuba memastikan supaya tiada kegiatan agama dan menakutkan seolah-olah sebagai ugutan supaya penceramah dan ustaz-ustaz tidak lagi memberi kuliah di kawasan pembangkang dan menakutkan para jemaah untuk hadir ke majlis-majlis agama seumpama itu, bagi membendung pengaruh pembangkang semakin melebar.
Bahagian penguatkuasa JAIS sejak beberapa tahun kebelakangan ini terbabit dalam insiden-insiden memalukan umat Islam.
Antaranya aduan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa seorang pegawai penguatkuasa jabatan itu memaksa beliau melakukan seks oral setelah mangsa ditahan atas tuduhan khalwat.
JAIS juga menimbulkan kontroversi umum apabila menarik balik perintah agar mayat seorang mualaf dikebumikan mengikut syarak ketika proses mahkamah sedang berjalan. Jabatan itu juga menghadapi saman daripada beberapa kariah masjid dan surau di Selangor kerana bertindak memecat AJK surau dan masjid yang sedia ada dan menggantikannya dengan penyokong-penyokong Umno.
JAIS kini diketuai oleh seorang Pengarah bukan berkelulusan pengajian Islam dan tidak mempunyai tauliah mengajar.

Bookmark this post to del.icio.us Digg this post! Bookmark this post to Yahoo! My Web Bookmark this post to Furl
Blog Flux Directory