الثلاثاء، فبراير ٠٦، ٢٠٠٧
Suara wanita juga perlu dijaga. Betapa bernilainya wanita disisi Islam bak mutiara yang tersimpan rapi.APAKAH HUKUMNYA BERBUAL-BUAL ANTARA IKWAH DAN AKHAWAT YG BUKAN MAHRAM DI TELEFON?
ISLAM MENGHARAMKAN TIAP-TIAP PERKARA YANG MEMBAWA KEPADA FITNAH.ISLAM MELARANG GOLONGAN WANITA MENGHENTAKKAN KAKI KE BUMI SEHINGGA MEMPERDENGARKAN SUARA GELANG KAKINYA KERANA ITU AKAN MENIMBULKAN NAFSU SYAHWAT KEPADA SESETENGAH LELAKI.
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD,
"DAN JANGANLAH MEREKA MENGHENTAKKAN KAKI UNTUK DIKETAHUI AKAN APA YG TERSEMBUNYI DARI PERHIASAN MEREKA" Surah An Nur :31
AYAT INILAH YANG MENJADI DALIL MAZHAB HANAFI MENGATAKAN SUARA ORANG PEREMPUAN ADALAH AURAT KERANA MEMPERDENGARKAN SUARA GELANG KAKI PUN DILARANG ,INIKAN SUARA PEREMPUAN ITU SENDIRI, MAKAN SANGATLAH MUBALAGHOH DAN LEBIH-LEBIH LAGILAH DILARANG.
MENGIKUT PENDAPAT MAZHAB SYAFIE DAN SEBAGAI MEWAKILI BAGI JUMHUR ULAMA` FEKH, MENYATAKAN BAHAWA SUARA PEREMPUAN BUKANLAH AURAT KERANA PEREMPUAN DIHARUSKAN BERNIAGA DAN DITERIMA SAKSI DI HADAPAN KHADI YANG MANA KESEMUANYA ITU TIDAK DAPAT DIKEHENDAKI DENGAN MENGANGKAT SUARANYA. DR. YUSUF QARDHAWI DALAM KITABNYA `FATAWA MUASOROH` ADA MENYEBUTKAN BANYAK DALIL MENGAPA SUARA PEREMPUAN BUKANLAH AURAT .
"DAN APABILA KAMU MEMINTA SESUATU YANG HARUS DI MINTA DARI ISTERI-ISTERI NABI, MAKA MINTALAH DARI SEBALIK TABIR"surah al ahzab:35
BERTANYA MENUNTUT KEPADA JAWAPAN.INI ADALAH KELAKUAN UMMAHATUL MUKMININ R.A KETIKA MANA MEREKA MENGELUARKAN FATWA KEPADA YANG BERTANYA DARI KALANGAN LELAKI DAN MERIWAYATKAN HADIS DARIPADA MEREKA.
KALAU SUARA PEREMPUAN MERUPAKAN AURAT MACAMMANA MEREKA MAHU BERFATWA?
SETERUSNYA SERING DIAJUKAN KEPADA RASULLULLAH SOALAN-SOALAN DARI KALANGAN WANITA YANG KETIKA ITU BERADA DIHADAPAN KAUM LELAKI PADA HAL RASULLULLAH AKUR DAN TIDAK MENEGUR MEREKA SEBAGAIMANA BANYAK CERITA YANG TERDAPAT DALAM HADIS-HADIS SOHIH.......
BERKATA IMAM ALUSI DI DALAM TAFSIRNYA `RUHUL MAANI`JUZUK KELAPAN MUKASURAT 146 BAHAWA SUARA PEREMPUAN BUKANLAH AURAT DAN TIDAK HARAM MENDENGARNYA SELAMAMANA TIDAK MENIMBULKAN FITNAH, MAKA HUKUMNYA ADALAH HARAM MUTLAK.
WALLAHU A`LAM
p/s: Fail Simpanan